|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Selasa, 06 May 2008 18:29 |
|

|
Assalamualaikum, wbt
Selawat dan salam ke atas Junjungan Rasullulah S.A.W dan salam sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana laman web Pejabat Pelajaran Daerah Setiu (PPDS) dapat dijelmakan dengan kerjasama pegawai-pegawai di PPD dan Jawatankuasa ICT PPD Daerah Setiu. Laman ini akan menjadikan Pengurusan PPD lebih cepat, jimat, tepat dan berkesan. Maklumat yang hendak disebarkan atau diterima dari sekolah lebih cepat dan menggurangkan penggunaan kertas, bil telefon dan perjalanan dapat dijimatkan dengan banyaknya. Dalam masa yang singkat maklumat dapat disebarkan ke semua sekolah.
Kepada warga pendidik setiu, marilah sama-sama kita layari laman web PPD Setiu untuk mendapat info-info terkini daripada PPD, JPNT dan KPM.Sekiranya tuan/puan menpunyai maklumat dan pandangan, salurkan kepada Pegawai ICT PPDS.
InsyaAllah, penambahbaikan laman ini akan dilakukan dari masa ke semasa. Sehasrat, Sefaham dan Sederap menjadikan Setiu pendahulu kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu.
Sekian, wassalam.
Mohd Azmy Zakaria
|
|
|
Kemaskini pada Khamis, 30 Julai 2009 07:51 |
|
|
|
|
 |
|